Sunday, August 8, 2010

Di sini bermula...

Di sini bermulanya pembinaan teratak biru. Pembinaan sesebuah blog saya rasa haruslah dimulakan dgn Kalimah yang paling agung iaitu kalimah tauhid. Bismillahirahmanirrahim.. semoga dengan adanya blog ini, saya dapat mengembangkan fikrah pemikiran saya. Baiklah, untuk kiriman pertama bagi blog ini, apa isu yang bagus untuk saya utarakan? Saya bukanlah seorg pemerhati yang bijak, namun saya belajar dari apa yang saya lihat. Mungkin Ramai yang menandaikan saya sebagai org yang pandai memerhati. Namun hakikatnya, saya perlu byk lagi berlatih dalam memerhati dan memperhalusi setiap apa yang saya lihat dan dengar. Apatah lagi jika ianya melibatkan orang lain. Saya suka memerhati orang lain kerana dariapda sikap dan tindak tanduk orang lain, kita secara tidak langsung juga memerhati satu cermin kehidupan yang bergerak. Kita sering melihat diri kita sebagai orang yg serba kekurangan, namun kita jarang melihat melalui prespektif yang berbeza, melalui kaca mata dan hati kita sendiri yang terdiri dari hati kecil dan hati besar. Saya sering terbaca dalam buku-buku motivasi bahawa hati kita ada dua iaitu ahti kecil dan hati besar. Hati kecil ialah hati yg selalu jujur dalam setiap tindakan, sering berfikiran rasional dalam setiap pilihan. Hati besar pula sebaliknya, hati besar hati yang suka memandang tinggi kpd diri sendiri, Suka menipu. Jadi, jika kita merasa keliru, selamilah hati kita dan minta pendapat dari hati kecil. saya rasa cukuplah untuk post pertama, sbb saya perlukan sedikit input sebelum mengeluarkn imput2 utk dikongsikan.. Jika ada sebarang pendapat, mohon utk diutarakan..

No comments:

Post a Comment