Wednesday, May 2, 2012

Doaku buatmu kekasih


Saat malam semakin kelam. Suasana semakin sunyi. Namun mata, hati dan jiwaku berkeras tidak mahu tidur. Saat inilah, saat yang sama satu ketika dahulu, pernah aku bersama dengannya. Walaupun ada jarak pemisah antara kami, namun terasa sangat dekat.. Dan sangat dekat.. Namun kini, semuanya telah semakin hilang dan pudar. Namun aku tidak menyalahkan dia, semuanya berpunca dari diriku sendiri. Benarlah kata orang.
"Jangan pernah kita melepaskan orang yang kita sayang kerana kita tidak tahu ada orang lain yang akan buat dia rasa lebih disayangi berbanding dengan diri kita" 
Hati selalu bersangka baik, selalu menyangka dia kuat untuk menghadapi semua. Kuat untuk menempuh semuanya. Namun bila kulihat jauh ke dalamnya. Aku cuma temui bahagian hati yang rapuh. Tidak ada apa-apa tempat untuk bergantung. Kosong, dahan hatinya terlalu rapuh, reput.. Tidak bermaya. Justeru, apa yang harus saya lakukan? Hati kecil ku berkata: "Maka, berdoalah supaya Dia hilangkan perasaan itu dari hatimu". Saya merasakan itulah jalan terbaik. Namun, saban malam tidak putus ku berdoa untuk dirinya. Agar dia dilimpahi bahagia dan gembira. Kalaulah mampu kutahan semua, akan kutahan semuanya.. Tabahlah duhai hati. Jangan kau lemah dalam mengharungi.

P/s: bertemankan Surah Taha dan solat istikorah.. kulepaskan dia pergi.

CC: Fat******e A*******h

No comments:

Post a Comment